Berita Terkini
← Back to list
Sepak takraw Malaysia akhiri kemarau 24 tahun pingat emas Sukan Asia
Aug 28, 2018
Sepak takraw Malaysia akhiri kemarau 24 tahun pingat emas Sukan Asia
Foto - Stadium ASTRO
Skuad sepak negara tamatkan kemarau 24 tahun pingat emas Sukan Asia apabila muncul juara antara regu di temasya Jakarta Palembang.
Lebih manis, kejayaan merangkul pingat emas itu diraih dengan menewaskan skuad tuan rumah, Indonesia.
Kali terakhir skuad regu sepak takraw Malaysia merangkul emas adalah pada temasya di Hiroshima pada 1994.
-----
Komitmen tinggi pemain bantu tumbangkan Indonesia - Jurulatih sepak takraw kebangsaan
Foto - Stadium ASTRO
Ketua jurulatih sepak takraw kebangsaan, Abdul Talib Ahmad bersyukur Malaysia akhiri kemarau emas 24 tahun di Sukan Asia.
Katanya, komitmen pemain berada pada tahap tertinggi dan mereka berikan yang terbaik untuk negara.
Mutalib turut menugucapkan terima kasih buat semua rakyat Malaysia yang tidak henti berdoa untuk melihat kejayaan skuad sepak takraw negara.
-----
Skuad memanah negara tutup tirai Sukan Asia dengan satu gangsa
Foto - Stadium ASTRO
Skuad memanah negara akhirnya tamatkan saingan Sukan Asia Jakarta Palembang dengan satu pingat gangsa.
Ia diraih dalam acara compound berpasukan lelaki menerusi gandingan Juwaidi Mazuki, Alang Ariff Aqil Ghazalli dan Lee Kin Lip.
Keputusan itu sekaligus menyaksikan Malaysia sehingga ini mengumpul 4 pingat emas, 8 perak dan 7 gangsa.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm