Berita Terkini
← Back to list
Sesi kelayakan MotoGP Australia ditangguh
Oct 26, 2019
Sesi kelayakan MotoGP Australia ditangguh
Foto - MotoGP
Suruhanjaya Keselamatan memutuskan, sesi kelayakan kelas perdana MotoGP Australia terpaksa dibatalkan ekoran angin kencang di Litar Phillip Island.
In selepas pelumba Red Bull KTM Tech3, Miguel Oliveira terbabit nahas akibat ditiup angin kencang sewaktu mengambil selekoh pertama pada sesi latihan bebas keempat.
Rakan sepasukan Hafizh Syahrin Abdullah itu bagaimanapun bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius atau patah mana-mana tulang.
-----
Skuad B18 negara dapat motivasi terbaik
Foto - Stadium Astro
Skuad bawah 18 tahun negara mendapat motivasi terbaik menjelang kempen kelayakan Kejuaraan AFC Bawah 19 di Kemboja yang bermula 2 November ini.
Ini selepas pasukan kendalian Brad Maloney berjaya benam Sri Lanka 4-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 2 di Subang Jaya, semalam.
Maloney berkata, beliau gembira dengan aksi yang dipamerkan anak buahnya terutamanya apabila mereka bekerja keras untuk menunjukkan hasil daripada sesi latihan mereka.
-----
Pemanah negara risau keadaan angin di Filipina
Foto - Sports247
Faktor angin kuat dan hujan lebat antara cabaran perlu ditempuh atlet memanah negara ketika bertanding di venue sebenar Sukan SEA di Filipina dari 30 November hingga 11 Disember ini.
Pemanah wanita, Fatin Nurfatehah Mat Salleh berkata perkara itu mencetus kerisauan namun tetap optimis barisan pemanah compound negara mampu menangani situasi berkenaan.
Menurut Fatin, beliau pernah berdepan situasi lebih sukar ketika menyertai Kejohanan Asia di Iran pada 2011 selain Piala Asia di Taiwan edisi 2016 dan 2017.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm