Berita Terkini
← Back to list
Shah Firdaus iringi Azizulhasni ke Tokyo
Mar 11, 2020
Shah Firdaus iringi Azizulhasni ke Tokyo
Foto - MalaysiaGazette
Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom sah akan mengiringi Azizulhasni Awang ke temasya Sukan Olimpik Tokyo di Jepun, Julai depan.
Perkara itu dimaklumkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia selepas Kesatuan Berbasikal Antarabangsa mengesahkan Malaysia meraih dua slot dalam acara keirin dan pecut individu.
Malaysia akan membawa cabaran Asia bersama tuan rumah Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, China dan Kazakhstan namun hanya Malaysia, Jepun dan Hong Kong meraih dua tiket maksimum dalam acara keirin serta pecut.
-----
Mora belum puas hati
Foto - Semuanya Bola
Jurulatih JDT, Benjamin Mora belum berpuas hati dengan persembahan pasukannya selepas sekadar menang 1-0 ke atas PDRM dalam aksi Liga Super di Cheras, malam tadi.
Menurutnya, beberapa pemain masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan itu seperti Liridon Krasniqi dan Natxo Insa selain Fadhli Shas yang sudah lama tidak bermain dalam perlawanan kompetitif.
Namun kata Mora, ia bukanlah alasan untuknya kerana The Cops di bawah bimbingan Ishak Kunju Mohamad telah mempamerkan persembahan yang baik dan cuba mengganggu corak permainan skuad Harimau Selatan.
-----
Nasib Olimpik Tokyo terus jadi tanda tanya
Foto - Reuters
Temasya sukan terbesar, Olimpik Tokyo yang dijadualkan berlangsung Julai depan mungkin terpaksa ditangguhkan antara satu hingga dua tahun ekoran wabak Covid-19.
Menurut seorang ahli lembaga jawatankuasa penganjur, penangguhan itu dilihat antara pilihan terbaik kerana kebanyakan jadual sukan untuk 2021 sudah diputuskan.
Tambahnya, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa bakal berdepan masalah jika ia dibatalkan kerana stesen televisyen Amerika sahaja telah menyediakan peruntukan yang besar untuk menyiarkan temasya itu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm