Berita Terkini
← Back to list
Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman raih pingat perak di Kejohanan Boling Dunia 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Dec 04, 2017
Pemain boling wanita negara, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman raih pingat perak buat Malaysia bagi kategori All Event wanita pada Kejohanan Boling Dunia 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Dia melakukan 5,048 jatuhan pin dalam kesemua acara melibatkan acara individu, beregu, trio dan lima berpasukan.
Pemain boling Amerika Syarikat, Danielle McEwan memenangi pingat emas dengan 5,126 jatuhan pin sementara wakil Taiwan, Tsai Hsin-Yi yang melakukan 5.017 jatuhan pin membawa pulang pingat gangsa.
Terdahulu, Siti Safiyah dan empat lagi wakil negara – Esther Cheah, Sin Li Jane, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Shalin Zulkifli layak ke separuh akhir acara lima berpasukan menerusi 6,227 jatuhan pin dalam enam permainan.
Untuk rekod, Malaysia memenangi pingat perak menerusi Shalin dan Sin Li Jane dalam acara beregu wanita.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm