Berita Terkini
← Back to list
Skuad Harimau Malaya dapat pujian daripada Perdana Menteri.
Dec 16, 2018
Walaupun gagal menjulang kejuaraan Piala AFF, skuad Harimau Malaya dapat pujian daripada Perdana Menteri.
Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau yakin skuad negara miliki potensi untuk lebih cemerlang pada masa akan datang.
Foto: FAM
Tun M berharap keputusan itu tidak mengecewakan pemain dan jurulatih, sebaliknya jadikan ia sebagai pengalaman untuk perbaiki prestasi.
Pada pertemuan final kedua di Hanoi malam tadi, Vietnam tumpaskan Malaysia 1-0 sekaligus bergelar juara dengan agregat 3-2.
Azizul Hasni Awang rangkul pingat perak pada kejohanan trek UCI Piala Dunia.
Jaguh berbasikal negara, Azizul Hasni Awang rangkul pingat perak pada kejohanan trek UCI Piala Dunia di London.
Ia merupakan peningkatan selepas dia raih gangsa pada kejohanan di Jerman sebelum ini.
Vivian Hoo-Yap Cheng Wen menjuarai Cabaran Antarabangsa Bangladesh.
Beregu wanita negara, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen menjuarai Cabaran Antarabangsa Bangladesh.
Bekas pemain kebangsaan, Soo Teck Zhi pula muncul juara perseorangan lelaki.
Atlet bina badan negara rangkul 4 pingat emas di Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Dunia.
Atlet bina badan negara rangkul 4 pingat emas keseluruhan pada kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Dunia di Thailand.
Ia termasuk sandaran utama, Syarul Azman Mahen Abdullah yang raih gelaran hatrik kategori fizik 167cm.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm