Berita Terkini
← Back to list
Skuad badminton negara akan bertemu India pada final aksi berpasukan campuran petang ini.
Apr 09, 2018
Skuad badminton negara hanya selangkah lagi untuk raih pingat emas selepas mara ke final acara berpasukan campuran pada Sukan Komanwel Gold Coast.
Malaysia mudah tumpaskan England 3-0 pada aksi separuh akhir dan akan bertemu India hari ini yang tewaskan Singapura 3-1 dalam satu lagi separuh akhir.
Keputusan lain melibatkan atlet Malaysia,
Farina Shawati Mohd Adnan duduki tempat keempat acara berbasikal Keirin wanita.
Rakan senegara, Fatehah Mustapa yang juga layak untuk penentuan pingat turun di kedudukan tercorot aksi kelayakan selepas adanya protes daripada pelumba Kanada yang mendakwa Fatehah menghalang kayuhannya.
Pelari pecut wanita, Zaidatul Husniah Zulkifli terkandas pada saringan ketiga separuh akhir 100 meter selepas duduki tempat ketujuh.
Raja Pecut Asia tenggara, Khairul Hafiz Jantan pula gagal ke separuh akhir 100 meter lelaki, selepas duduki tempat keempat pada saringan kesembilan pusingan pertama.
Dalam sukan Skuasy, Datuk Nicol David dan Nafiizwan Adnan tersingkir pada separuh akhir acara individu.
Mereka akan bermain pada penentuan pingat gangsa.
SI, perenang negara, Tern Jian Han tamatkan saingan 50 meter kuak lentang di kedudukan terakhir.
Manakala atlet baling tukul besi, Jackie Wong duduki tangga ke-14 daripada 16 atlet bertanding.
Malaysia kini kekal dengan 2 pingat emas dan 1 gangsa, namun jatuh 1 anak tangga di kedudukan ke 10 kutipan pingat.
Ikuti perkembangan Sukan Komanwel Gold Coast secara langsung di ASTRO ARENA dan saluran khas 790 hingga 795 HD.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm