Berita Terkini
← Back to list
Skuad bawah 19 kebangsaan berdepan tugas berat
Jun 18, 2020
Skuad bawah 19 kebangsaan berdepan tugas berat
Foto - Vocket FC
Malaysia dilihat berdepan tugas berat pada pusingan akhir Kejohanan bola sepak AFC Bawah 19 yang akan berlangsung di Uzbekistan dari 14 hingga 31 Oktober depan.
Skuad kendalian Brad Maloney diundi bersama tiga pasukan Asia Barat dalam Kumpulan D bersama Yemen, Tajikistan dan juara edisi 2014, Qatar.
Juara 12 kali, Korea Selatan pula boleh dianggap berada dalam kumpulan maut apabila diundi sekumpulan dengan juara lima kali, Iraq, Jepun dan Bahrain.
-----
Tan Cheng Hoe malas nak layan
Foto - Bernama
Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe enggan melayan perang psikologi Vietnam menjelang aksi kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia di ibu negara, Oktober depan.
Ini selepas terdapat laporan media negara itu yang mendakwa FA Vietnam mengetahui perkembangan skuad negara yang bakal diperkuatkan dengan pemain naturalisasi kedua, Liridon Krasniqi.
Sebaliknya jelas Cheng Hoe, beliau lebih mementingkan perancangan dan persiapan pasukannya bagi mengharungi tiga perlawanan terakhir kelayakan.
-----
Pesaka pilih tanah tinggi untuk kem latihan pusat
Foto - Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia
Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia mencadangkan Cameron Highlands dan Bukit Fraser di Pahang sebagai lokasi kem latihan pusat pesilat negara bulan depan.
Pesaka akan serahkan surat permohonan kebenaran menjalani latihan pada minggu ini kepada Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan dan MKN untuk proses kelulusan.
Difahamkan, 40 atlet termasuk jurulatih dan pegawai akan menjalani ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk mengikuti sesi latihan pusat berkenaan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm