Berita Terkini
← Back to list
Skuad bolaspak bawah 22 negara buat persiapan di Thailand
Jan 05, 2019
Foto - Stadium Astro
Skuad bawah 22 negara pilih Thailand sebagai medan pemanas badan sebagai persiapan mengharungi pusingan kelayakan Kejuaraan AFC Bawah 23, Mac depan.
Anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee dijadual berlepas ke Thailand pada 13 Januari ini untuk sesi latihan pusat dan beberapa aksi persahabatan di sana.
Foto - Stadium Astro
Persatuan Bolasepak Malaysia memaklumkan, 25 pemain telah disenarai untuk melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Rabu depan.
Bagaimanapun, dua pemain Harimau Malaya yang beraksi di Piala AFF, bulan lalu, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid tidak tersenarai.
Foto - Stadium Astro
Kim Wee berkata, tindakannya tidak menyenaraikan barisan pemain berkenaan adalah bagi memberi ruang untuk menguji pemain baru.
Lagipun katanya, jika dilihat senarai itu pun ramai pemain pertahanan kerana skuad negara kurang pemain pertahanan sekarang ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm