Berita Terkini
← Back to list
Sri Pahang Ke Final Piala Malaysia
Feb 03, 2025
Sri Pahang Ke Final Piala Malaysia
Sri Pahang mara ke final Piala Malaysia!
Skuad Tok Gajah tewaskan Sabah 2-1 pada aksi separuh akhir kedua dengan gol kemenangan dijaringkan oleh Kpah Sherman pada masa tambahan.
Sri Pahang akan berdepan JDT pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang dijadualkan pada hujung April depan.
Untuk rekod, kali terakhir skuad Tok Gajah mara ke final Piala Malaysia ialah pada 2014.
EPL : Arsenal belasah Man City 5-1
Arsenal hidupkan peluang untuk rangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris selepas belasah Manchester City 5-1.
The Gunners jaringkan 4 gol pada babak kedua untuk raih 3 mata berharga.
Skuad kendalian Mikel Arteta kini hanya 6 mata di belakang pendahulu, Liverpool.
Antara keputusan lain,
Tottenham tamatkan kemarau kemenangannya dalam 4 perlawanan liga selepas kalahkan Brentford 2-0,
Dan, Manchester United tewas 0-2 kepada Crystal Palace di Old Trafford
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm