Berita Terkini
← Back to list
Status Sumareh diputuskan Rabu depan!
Jan 10, 2019
Status pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh sama ada boleh didaftar atau tidak sebagai pemain tempatan menjelang saingan Liga Malaysia musim ini bakal diketahui Rabu depan!
CEO Liga Bolasepak Malaysia, Kevin Ramalingam berkata pihaknya sedang meneliti surat rayuan yang telah diberi Persatuan Bolasepak Negeri Pahang.
Jelasnya, MFL tidak boleh sewenang-wenangnya memberi kelonggaran dalam pendaftaran pemain naturalisasi bagi menjaga kepentingan pemain tempatan pada masa depan.
Dalam perkembangan berkaitan, FAM akan sentiasa berhati-hati dalam proses pengambilan pemain naturalisasi untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya.
Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam berkata pihaknya enggan pemain naturalisasi tersebut hanya menggunakan status kewarganegaraan Malaysia untuk memenuhi kuota pemain import ASEAN di liga luar dan enggan beraksi untuk pasukan kebangsaan dengan pelbagai alasan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm