Berita Terkini
← Back to list
Sukan Asia : Malaysia Raih Pingat Emas Kedua
Sep 29, 2023
Sukan Asia : Malaysia Raih Pingat Emas Kedua.
Kontinjen Malaysia tambah 2 lagi pingat pada Sukan Asia Hangzhou.
Jaguh ekuestrian negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil sumbangkan 1 pingat emas selepas ungguli acara dressage individu.
Ia juga merupakan pingat emas sulung kem ekuestrian negara dalam sejarah temasya Sukan Asia.
Sementara itu, pingat gangsa hadir menerusi jaguh berbasikal trek, Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut individu lelaki.
Secara keseluruhnnya, Malaysia kini mengumpul 2 pingat emas, 2 perak dan 5 gangsa.
Dalam pada itu, Malaysia mulakan saingan badminton berpasukan lelaki dengan langkah kiri apabila tewas 1-3 kepada Korea Selatan seawal pusingan pertama.
Sementara itu, skuad hoki lelaki negara teruskan momentum kemenangan pada Sukan Asia Hangzhou selepas belasah Indonesia 9-2 dalam aksi ketiga kumpulan B.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm