Berita Terkini
← Back to list
Sukan Asia: Skuad bawah 23 negara bebas kecederaan bertemu Korea
Aug 17, 2018
Sukan Asia: Skuad bawah 23 negara bebas kecederaan bertemu Korea
Foto - Stadium ASTRO
Datuk Ong Kim Swee sahkan, semua pemain Malaysia bebas kecederaan menjelang aksi kedua Kumpulan E Sukan Asia menentang Korea Selatan.
Jurulatih skuad bawah 23 negara itu beritahu kami, moral pemain juga berada pada tahap terbaik untuk bertemu juara bertahan itu, malam ini.
Beliau juga percaya anak-anak buahnya mampu menghasilkan keputusan positif jika mengekalkan disiplin tinggi sepanjang tempoh 90 minit permainan.
-----
Piala Malaysia: Kelantan akui misi sukar bertemu JDT
Foto - Stadium ASTRO
Jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah terus terang akui, sukar untuk pasukannya menjinakkan JDT dalam aksi ketiga Kumpulan C Piala Malaysia, malam ini.
Malah katanya kepada ARENA, skuad Harimau Selatan pastinya lebih bersemangat selepas membelasah Kedah 5-1 di Larkin, tempoh hari.
Namun tambah Yusri, dia akan cuba pastikan skuad The Red Warriors tidak memberi laluan mudah kepada JDT di gelanggang sendiri.
-----
Romelu Lukaku beri bayang bersara di usia muda
Foto - Stadium ASTRO
Penyerang Belgium, Romelu Lukaku beri gamabran dia akan bersara dari pentas antarabangsa selepas kejohanan Euro 2020.
Pemain Manchester United itu berkata, dia sedia beri peluang kepada pemain muda biarpun dia baru berusia 27 tahun ketika ini nanti.
Lukaku merupakan penjaring terbanyak Belgium dengan 40 gol dalam 75 penampilan selain turut membantu Belgium mara ke separuh akhir Piala Dunia Rusia.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm