Berita Terkini
← Back to list
Sukan Asia: Skuad hoki wanita kebangsaan ulangi pencapaian di Incheon
Aug 29, 2018
Sukan Asia: Skuad hoki wanita kebangsaan ulangi pencapaian di Incheon
Foto - Stadium ASTRO
Skuad hoki wanita negara tamatkan saingan di Sukan Asia Jakarta Palembang dengan mengulangi pencapaian di Incheon, empat tahun lalu.
Anak-anak buah Dharma Raj Abdullah menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan klasifikasi tempat kelima dan keenam.
Skuad lelaki kendalian Stephen Van Huisen pula akan turun menentang India pada peringkat separuh akhir, petang esok.
---
Atlet Kelantan diminta tampil dengan pakaian patuh syariah di SUKMA Perak
Foto - BHOnline
Atlet negeri Kelantan yang menyertai SUKMA ke-19 di Perak, bulan depan dinasihat supaya mempertingkatkan pemakaian patuh syariah pada temasya sukan tersebut.
Kerajaan negeri berkata, walaupun aspek pemakaian patuh syariah tidak diwajibkan, pihaknya berharap ia dapat dipertingkatkan atlet terlibat.
Katanya, budaya mematuhi pemakaian patuh syariah ketika bersukan sudah diterima negara yang mempunyai ramai penganut beragama Islam.
---
Jurulatih Felda United bengang
Foto - Stadium ASTRO
Jurulatih Felda United, B. Satiananthan bengang dengan tiga tonggaknya yang didakwa tidak mahu dengar arahan sehingga tewas 1-0 kepada PKNS FC dalam aksi Piala Malaysia, semalam.
Berikutan itu katanya, dia mungkin tidak turunkan ketiga-tiga pemain terbabit dalam baki dua perlawanan terakhir kumpulan.
Satiananthan juga meluahkan rasa kecewa dengan corak permainan pemainnya yang gagal memanfaatkan banyak peluang.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm