Berita Terkini
← Back to list
Sukan Para ASEAN Batal
May 03, 2020
Sukan Para ASEAN 2020 yang sepatutnya berlangsung 3 hingga 9 Oktober depan dibatalkan ekoran pandemik COVID-19.
Menurut Majlis Paralimpik Malaysia, ini selepas Pesuruhjaya Sukan Filipina membatalkan semua acara sukan tahun ini sekaligus menarik balik peruntukan untuk penganjuran temasya sukan itu.
Pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Persekutuan Sukan Para ASEAN mengenai isu berkenaan.
MPM juga sentiasa menghormati keputusan Pesuruhjaya Sukan Filipina dan Jawatankuasa Paralimpik Filipina yang mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan atlet serta pegawai kontinjen terlibat.
Sementara itu, Persekutuan Badminton Dunia umum Kejohanan Badminton Dunia 2021 yang dijadualkan pada Ogos telah dipinda ke Disember tahun depan.
la bagi mengelak pertindihan dengan temasya Olimpik Tokyo 2020 yang ditangguhkan sehingga tahun depan berikutan wabak COVID-19.
*foto sekadar hiasan
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm