Berita Terkini
← Back to list
TFC sambar bekas pemain Aston Villa
Jan 02, 2021
TFC sambar bekas pemain Aston Villa
Foto - Terengganu Football Club
Terengganu FC tamatkan desas-desus penghijrahan Christopher Herd apabila sah menandatangani pemain kelahiran Australia itu selama semusim.
Kehadiran bekas pemain Aston Villa itu adalah bagi memperkemaskan lagi bahagian pertahanan malah beberapa posisi lain seperti pertahanan tengah bertahan.
Dengan segala pengalaman dari sudut fizikal dan mental, Herd berharap dapat membantu memperkuatkan lagi skuad TFC bagi mengharungi Liga Malaysia dan Piala AFC.
-----
Manchester United kongsi takhta Liga Perdana Inggeris
Foto - The Sun UK
Manchester United buka tirai tahun 2021 dengan penuh gaya apabila menundukkan Aston Villa 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.
Gol-gol kemenangan United disumbangkan menerusi tandukan Anthony Martial pada babak pertama dan penalti Bruno Fernandes pada babak kedua.
Kemenangan itu menyaksikan United kini berkongsi 33 mata dengan pendahulu liga, Liverpool namun dipisahkan menerusi perbezaan jaringan.
-----
Irfan Shamsuddin positif COVID-19
Foto - Stadium Astro
Jaguh lempar cakera kebangsaan, Irfan Shamsuddin yang menjalani latihan di Leipzig, Jerman disahkan positif COVID-19.
Pemegang rekod kebangsaan itu disahkan positif wabak itu pada Rabu dan kini menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Irfan merupakan atlet kebangsaan kedua dijangkiti COVID-19 selepas jaguh baling tukul besi, Jackie Wong yang kini pulih sepenuhnya.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm