Berita Terkini
← Back to list
Tan Cheng Hoe kekal kendali skuad Harimau Malaya
Jan 08, 2019
Foto - Stadium Astro
Persatuan Bolasepak Malaysia sahkan, ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe kekal mengendalikan skuad Harimau Malaya sehingga hujung 2020.
Perkara itu diumumkan Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, hari ini.
Foto - Stadium Astro
Menurut FAM, tawaran kontrak tersebut hadir bersama dua Petunjuk Prestasi Utama yang ditetapkan ke atas Cheng Hoe iaitu mara ke final Piala AFF Suzuki 2020 dan layak ke Piala Asia 2023.
Justeru pihaknya berharap, pelantikan Cheng Hoe ini akan menggembirakan peminat tempatan selain melenyapkan segala spekulasi.
Foto - Dunia Sukan
Cheng Hoe dalam pada itu akui KPI mara ke Piala Asia 2023 bukan satu perkara mustahil, namun ia memerlukan komitmen semua pihak.
Katanya, selain FAM dan barisan pemain, peminat juga juga perlu berikan komitmen dengan memberi sokongan kepada pasukan negara.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm