Berita Terkini
← Back to list
Tan Cheng Hoe pertahan keputusan panggil Hazwan Bakri
Aug 21, 2019
Tan Cheng Hoe pertahan keputusan panggil Hazwan Bakri
Foto - Goal.com
Jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe berkata, beliau ada sebab kukuh mengapa Hazwan Bakri dipanggil ke dalam kem latihan pusat skuad Harimau Malaya.
Katanya, Hazwan dipanggil kerana Malaysia kekurangan penyerang tempatan berkualiti dan dia dilihat memiliki aura sentuhan berbisa di depan gol.
Penyertaan Hazwan dipertikai beberapa pihak kerana pemain JDT itu kurang bermain dan sering memanaskan bangku simpanan.
-----
Skuad bawah 18 tahun berlatih di luar negara?
Foto - Harian Metro
Skuad bawah 18 tahun negara dijangka jalani latihan intensif di luar negara bagi persediaan hadapi kelayakan Kejuaraan AFC Bawah 19 di Kemboja, bulan depan.
Difahamkan, negara Timur Tengah jadi pilihan utama untuk skuad kendalian Brad Maloney perkuat barisan pemainnya yang muncul juara Kejohanan AFF, kelmarin.
Perkara itu turut diakui pengurus pasukan, Datuk Kamarul Ariffin Shahar, namun enggan dedahkan destinasi sebenar skuad Harimau Muda.
-----
Malaysia akhiri siri perlawanan ujian tanpa kemenangan
Foto - Berita Harian
Skuad hoki kebangsaan tamatkan Kejohanan Ujian Sukan Olimpik Tokyo 2020 di tempat keempat selepas tumpas 1-6 kepada Jepun, pagi tadi.
Ia merupakan kekalahan terbesar dialami Malaysia sejak pertemuan pertama kedua-dua pasukan pada 1973 selepas tewas 1-3 kepada lawan yang sama, Ahad lalu.
Skuad kendalian Roelant Oltmans menamatkan siri perlawanan ujian itu tanpa sebarang kemenangan, tumpas 0-6 kepada India dan 1-3 kepada New Zealand.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm