Berita Terkini
← Back to list
Telekom Malaysia beri penjelasan isu kontrak penajaan ditamatkan.
Mar 19, 2019
Foto : Astro Awani
Telekom Malaysia nafi dakwaan kononnya pihaknya gagal penuhi kewajipan dengan Liga Bolasepak Malaysia berhubung penajaan Liga Malaysia!
Jelas TM dalam satu kenyataannya, kedua-dua pihak putuskan untuk tamatkan kontrak kerjasama itu selepas gagal capai persetujuan terhadap beberapa perkara.
Untuk rekod, TM telah tandatangani perjanjian selama 8 tahun setengah dengan MFL dengan nilai tajaan berjumlah 480 juta ringgit sebelum kontrak itu diumumkan tamat, Jumaat lepas.
Foto : Stadium Astro
Dalam perkembangan lain, hubungan TM dengan Persatuan Bolasepak Malaysia tidak terjejas ekoran penamatan kontrak syarikat tersebut sebagai penaja Liga Malaysia.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata TM masih kekal sebagai penaja utama badan induk itu sehingga 2020.
Foto : Stadium Astro
Sementara itu, Datuk Hamidin letakkan sasaran untuk Malaysia layak ke Piala Asia 2023!
Tambahnya, dia sentiasa meletakkan sasaran tinggi untuk skuad negara dan akan meletakkan jawatan sekiranya sasaran itu gagal dicapai.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm