Berita Terkini
← Back to list
Terbuka Hong Kong : Lee Zii Jia Tersingkir
Sep 10, 2025
Terbuka Hong Kong : Lee Zii Jia Tersingkir
Lee Zii Jia tersingkir daripada kejohanan badminton Terbuka Hong Kong.
Perseorangan lelaki itu tewas straight set kepada rakan senegara, Leong Jun Hao pada pusingan pertama.
Sementara itu, seorang lagi perseorangan lelaki negara, Justin Hoh turut mulakan kejohanan itu dengan kemenangan straight set ke atas Toma Junior Popov dari Perancis.
Justin dan Jun Hao akan berlawan sesama sendiri pada pusingan kedua nanti.
Dalam pada itu, beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Ho Pang Ron-Cheng Su Yin turut mara ke pusingan kedua selepas kalahkan lawan masing-masing.
Mereka juga akan berdepan antara satu sama lain untuk merebut tempat ke suku akhir
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm