Berita Terkini
← Back to list
Terbuka Malaysia tanpa kelibat Dato' Lee Chong Wei
Mar 19, 2019
Foto - Stadium Astro
Tiada kelibat Dato' Lee Chong Wei pada Kehohanan Badminton Terbuka Malaysia yang dijadualkan berlangsung dari 2 hingga 7 April ini di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Perkhabaran mengenai situasi pemain berusia 36 tahun itu disahkan Persatuan Badminton Malaysia dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Foto - Stadium Astro
Menurut BAM, Chong Wei sedang dalam proses pemulihan yang berjalan dengan baik tetapi beliau dinasihatkan oleh doktor supaya menarik diri daripada pertandingan itu.
Ini bagi memastikan anggota tubuh ikon badminton tanah air itu tidak menghadapi tekanan yang tidak sewajarnya.
Foto - Stadium Astro
Berdasarkan undian yang dikeluarkan BWF awal bulan ini, Chong Wei yang merupakan Juara 12 kali Terbuka Malaysia akan bertemu pemain nombor satu India, K.Srikanth pada pusingan pertama.
Untuk rekod, Chong Wei berehat daripada badminton selama lapan bulan selepas mendapatkan rawatan untuk kanser hidung peringkat awal di Taiwan, tahun lalu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm