Berita Terkini
← Back to list
Terengganu Cycling Team terunggul di Asia
Oct 24, 2019
Terengganu Cycling Team terunggul di Asia
Foto - Terengganu Cycling Team
Pasukan lumba basikal benua negara, Terengganu Cycling Team sah menamatkan Jelajah Asia UCI musim 2018/2029 di kedudukan pertama.
TSG juga muncul pasukan di ranking ke-28 dunia dalam senarai yang turut menampilkan pasukan World Tour dan benua profesional.
Satu lagi pasukan benua negara, Team Sapura Cycling duduki tempat kedua di Asia diikuti pasukan Jepun, Team Ukyo.
-----
Waspada tiket MotoGP palsu - SIC
Foto - Sepang International Circuit
Litar Antarabangsa Sepang mendapati, ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjual tiket palsu Kejuaraan MotoGP Malaysia dari 1 hingga 3 November ini.
Malah katanya, terdapat individu yang menjual tiket MotoGP dengan harga lebih mahal berbanding yang ditawarkan SIC.
Justeru, pihaknya ingatkan peminat supaya mendapatkan tiket daripada saluran rasmi pihaknya bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
-----
Brad Binder sertai pasukan MotoGP KTM
Foto - KTM Factory Racing
Pasukan MotoGP KTM umum kemasukan juara dunia Moto3 2016, Brad Binder bagi mengharungi saingan musim 2020.
Pelumba kelahiran Afrika Selatan berusia 24 tahun itu akan berpasangan dengan Pol Espargaro dari Sepanyol.
Pasukan satelit, Red Bull KTM Tech3 pula bawa masuk pelumba Moto2, Iker Lecuona yang akan bergandingan dengan Miguel Oliveira.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm