Berita Terkini
← Back to list
Terengganu FC akhiri kemarau kemenangan dalam Liga Super
Apr 20, 2019
Foto - Terengganu Football Club
Terengganu FC amatkan rekod tiga kekalahan berturut-turut dalam Liga Super dengan menewaskan Felda United 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Tchetche Kipre muncul wira skuad Penyu dengan menjaringkan dua gol manakala gol saguhati The Fighters disumbangkan Kei Ikeda pada masa kecederaan.
Foto - Terengganu Football Club
Kemenangan itu sekaligus membantu skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim melonjak ke tangga keenam Liga Super selepas sepuluh perlawanan.
Aksi tunggal Liga Perdana pula menyaksikan JDT II kekalkan rekod tanpa kalah dalam sembilan perlawanan musim ini, selepas kalahkan Pulau Pinang 2-0.
Foto - Johor Southern Tigers
Gol-gol kemenangan JDT II disumbangkan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Mohamad Ghaddar dan S. Kumaahran.
Anak-anak buah Ervin Boban kini mengumpul 21 mata di puncak liga, enam mata meninggalkan pencabar terdekat, Sabah.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm