Berita Terkini
← Back to list
Tiada Wakil Negara Pada Final Masters Indonesia.
Nov 21, 2021
Tiada wakil negara pada final Masters Indonesia
Saingan Malaysia berakhir pada badminton Masters Indonesia.
Ini selepas Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas kepada wakil Jepun pada peringkat separuh akhir.
Beregu lelaki utama negara itu beri saingan sengit selama 63 minit sebelum tumpas dalam pertarungan 3 set.
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut tersingkir apabila tewas kepada gandingan nombor 1 dunia dari
Indonesia, Marcus Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo juga dalam pertarungan 3 set.
Manchester United sedia ucap selamat tinggal kepada Ole
Manchester United dilapor bersetuju untuk memecat pengurusnya, Ole Gunnar Solskjaer.
Ia susulan kekalahan mengejut 1-4 kepada Watford pada aksi EPL malam tadi.
Keputusan itu menyaksikan The Red Devils hanya catat 1 kemenangan dalam 7 perlawanan
terakhir liga.
Beberapa sumber mengatakan pihak pengurusan United akan perincikan beberapa perkara
sebelum membuat pengumuman rasmi berhubung situasi Solskjaer.
Dipercayai pembantu jurulatih, Michael Carrick dan Pengarah Teknikal, Darren Fletcher akan
mengendalikan United sehingga pengganti Solskjaer diperoleh.
Antara nama besar yang dikaitkan dengan jabatan tersebut adalah pengurus Leicester, Brendan Rogers, Mauricio Pochettino dan Zinedine Zidane.
Permulaan baik Gerrard di Villa
Steven Gerrard raih kemenangan pada perlawanan pertamanya sebagai pengurus Aston Villa.
Pasukannya menjaringkan 2 gol dalam tempoh 6 minit terakhir perlawanan untuk tundukkan
Brighton 2-0 pada aksi EPL.
Ia juga merupakan kemenangan pertama Villa selepas tewas 5 perlawanan terakhir mereka.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm