Berita Terkini
← Back to list
Tiada lagi wakil negara di Terbuka Korea
Sep 27, 2019
Tiada lagi wakil negara di Terbuka Korea
Foto - Stadium Astro
Pemain nombor satu dunia, Kento Momota dari Jepun bukan tandingan buat perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia.
Ini selepas pemain di ranking ke-12 dunia itu tumpas kepada Momota pada peringkat suku akhir badminton Terbuka Korea.
Kekalahan itu menyaksikan tiada lagi wakil Malaysia meneruskan cabaran selepas beregu lelaki, Nur Izzuddin/Goh Sze Wei turut kandas.
-----
KBS mahu peruntukan tambahan dalam Belanjawan 2020
Foto - Berita Harian
Kementerian Belia dan Sukan berharap dapat peruntukan tambahan pada Belanjawan 2020, bulan depan berbanding RM1 bilion tahun ini.
Menurut KBS, ia bukan sahaja penting untuk persediaan terakhir ke Olimpik Tokyo tetapi juga untuk pembangunan sukan peringkat akar umbi.
Malah pihaknya juga mahu melihat peruntukan dana yang lebih banyak kepada sukan untuk wanita.
-----
Petronas Sprinta Racing sah tampil dua pelumba Moto2
Foto - iMotorbike
Pasukan Moto2 Petronas Sprinta Racing sah tampilkan dua pelumba dalam kelas pertengahan itu musim depan menerusi senarai pendaftaran yang dikeluarkan.
Namun, seorang lagi pelumba yang bakal bergandingan dengan Xavi Vierge masih belum diumumkan.
Musim ini pasukan Moto2 Petronas Sprinta Racing diwakili Khairul Idham Pawi namun dia terpaksa diketepikan akibat kecederaan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm