Berita Terkini
← Back to list
Tour of Peninsular 2019 dilancar
Sep 03, 2019
Tour of Peninsular 2019 dilancar
Foto - Astro Radio News
Kementerian Belia dan Sukan hari ini melancarkan satu lagi acara berbasikal tempatan, Tour of Peninsular yang akan berlangsung dari 15 hingga 19 Oktober 2019.
Jelajah sulung ini membabitkan lima peringkat perlumbaan, melalui Terengganu, Kelantan, Perak, Pahang dan berakhir di Kuala Lumpur.
Pendakian utama akan berlangsung di Cameron Highlands pada peringkat kedua terakhir yang dijangka menentukan juara keseluruhan.
-----
Azizuhasni Awang perbaiki ranking dunia
Foto - Bernama
Jaguh basikal trek negara, Azizuhasni Awang naik lima anak tangga ke kedudukan kedua dunia dalam ranking terbaru keirin elit lelaki Persekutuan Berbasikal Antarabangsa.
Seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sharom turut naik tiga anak tangga untuk berada di kedudukan ke-20 dunia.
Dalam kalangan negara pula, Malaysia melonjak tiga anak tangga berada di kedudukan ketiga dunia di belakang Jepun dan Belanda.
-----
Adam Norrodin pengganti terbaru SuperKIP
Foto - Petronas SRT
Bekas pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin akan gantikan tempat Khairul Idham Pawi pada GP San Marino, minggu depan.
SuperKIP yang mewakili pasukan Moto2 Petronas Sprinta Racing masih lagi belum pulih daripada kecederaan yang dialaminya.
Adam yang turut miliki pengalaman dalam kelas pertengahan itu ketika ini berlumba dalam kelas Moto2 Kejuaraan Motosikal Eropah.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm