Berita Terkini
← Back to list
Trio recurve wanita raih emas!
Aug 07, 2019
Skuad memanah recurve kebangsaan tamatkan saingan Piala Asia di Taiwan dengan 1 emas 3 perak dan 1 gangsa.
Foto : Facebook World Archery
Emas diperoleh menerusi trio wanita yang diketuai Nur Afisa Abdul Halil, Nur Aliya Ghapar dan Shin Hui Loke yang berjaya tumpaskan Australia 6-2 pada aksi final.
Foto : Facebook World Archery
Perak pertama negara pula hadir menerusi acara trio lelaki yang dianggotai Haziq Kamaruddin, Khairul Anuar Mohamad dan Muhammad Akmal Nor Hasrin apabila tumpas 2-6 kepada Korea Selatan.
Foto : Facebook World Archery
Acara campuran turut menyaksikan 1 lagi perak dikutip apabila pasangan negara, Nur Aliya dan Khairul Anuar tumpas 1-5 kepada wakil Taiwan.
Foto : Facebook World Archery
Acara individu lelaki menghadiahkan perak terakhir buat Malaysia apabila Khairul Anuar tewas 2-6 pada aksi final dengan pemanah dari Korea Selatan, Kim Pil-Joong
Gangsa tunggal negara juga turut diperoleh menerusi acara individu lelaki apabila Muhammad Akmal atasi pemanah Korea Selatan 7-3.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm