Berita Terkini
← Back to list
Tunggakan gaji pemain Melaka United selesai sepenuhnya bulan depan
Oct 04, 2018
Tunggakan gaji pemain Melaka United selesai sepenuhnya bulan depan
Foto - Melaka United Soccer Association
Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka berkata, isu tunggakan gaji pemain pasukan Melaka United akan diselesaikan sepenuhnya pada bulan depan.
Menurut Adly Zahar, setakat ini pihaknya telah menyelesaikan tunggakan gaji sehingga bulan Julai.
Melaka United dipalit dengan isu tunggakan gaji pemain setelah pertukaran kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.
-----
Razie Rahim lupakan Trofi Juara-Juara Asia
Foto - Stadium Astro
Skuad hoki kebangsaan terpaksa lupakan khidmat Muhammad Razie Abd Rahim untuk Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia di Oman bermula 18 Oktober ini.
Menurut ARENA, pakar pukulan sudut penalti itu mengalami kecederaan hamstring setelah pulang daripada kejohanan di Darwin, bulan lalu.
Ketiadaan Razie menyaksikan barisan pertahanan hoki negara makin pincang setelah Najmi Farizal Jazlan dan Izad Hakimi Jamaluddin menarik diri daripada skuad kebangsaan.
-----
Menteri Besar Selangor sedia bantu Persatuan Kriket Malaysia
Foto - sports247
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berjanji bantu Persatuan Kriket Malaysia cari gelanggang baru jika perbincangan dengan pihak pemaju menemui jalan buntu.
Amirudin berkata, andai MCA dapat mengenal pasti tapak yang lebih sesuai di Selangor, pihaknya sedia bekerjasama.
Persatuan itu Selasa lalu dedahkan sudah menerima notis pengosongan Kinrara Oval yang akan berkuatkuasa 31 Oktober ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm