Berita Terkini
← Back to list
Xisco Munoz Bangga Dengan Prestasi 3 Pemain Warisan
Jan 30, 2026
Xisco Munoz Bangga Dengan Prestasi 3 Pemain Warisan
Xisco Munoz berpuas hati dengan prestasi barisan pemain JDT yang menang 3-0 ke atas Shan United pada Kejuaraan Kelab ASEAN.
Pengendali skuad Harimau Selatan itu berkata ia termasuk pemain warisan, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Havel yang pamer prestasi terbaik walaupun sudah lama tidak beraksi.
Untuk rekod, Mahkamah Timbang Tara Sukan membenarkan ketiga-tiga pemain warisan itu beraksi semula.
Ini selepas hukuman penggantungan selama 12 bulan yang dikenakan terhadap mereka berkaitan pemalsuan dokumen ditangguhkan sehingga keputusan muktamad rayuan dibuat.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm