Berita Terkini
← Back to list
Zaquan Adha enggan panaskan bangku simpanan!
Nov 21, 2018
Zaquan tekad bantu Harimau Malaya layak ke separuh akhir!
Foto - Stadium Astro
Zaquan Adha Abdul Razak enggan sekali lagi memanaskan bangku simpanan pada aksi terakhir kumpulan Piala AFF 2018 menentang Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini!
Kapten Harimau Malaya itu tidak diturunkan ketika tumpas 0-2 kepada Vietnam minggu lalu, dipercayai atas faktor taktikal.
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe kini miliki peluang cerah untuk menjuarai kumpulan A selepas Myanmar dan Vietnam catat keputusan seri tanpa jaringan malam tadi.
Malaysia kini di kedudukan ketiga kumpulan dengan 6 mata, 1 mata di belakang Myanmar dan Vietnam.
---
Goh Jin Wei sedia beraksi pada Olimpik Tokyo 2020
Foto - Stadium Astro
Juara badminton Remaja Dunia, Goh Jin Wei luah hasrat untuk beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo 2020!
Menurutnya, dia bersedia dan bertekad akan beri aksi terbaik untuk meraih pingat sekiranya dibenarkan menyertai temasya sukan terbesar dunia itu.
Jin Wei berkata demikian bagi mengulas komen jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang mengatakan usia idealnya untuk memenangi pingat Sukan Olimpik adalah pada tahun 2024 di Paris.
---
Para Sukma 2018 tekankan isu doping
Foto - Stadium Astro
Penganjur Sukan Para Sukma 2018 akan beri penekanan lebih kepada keselesaan atlet dan isu doping yang mencalarkan temasya Sukma September lalu.
Menurut CEO Para Sukma 2018, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi memastikan kes doping tidak berulang.
Temasya itu yang dijadualkan bulan lepas telah ditunda dan akan mula berlangsung hari ini.
Sementara itu, kontinjen Perlis sasar raih 12 emas pada temasya tersebut yang akan berakhir 28 November ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm