Berita Terkini
← Back to list
2025 Buka Tirai: Era Baru Harimau Malaya Bermula
Jan 01, 2025
Tahun 2025 yang membuka tirainya hari ini menandakan bermulanya era baru skuad bola sepak kebangsaan.
Bermula hari ini, ketua jurulatih baru pasukan senior Harimau Malaya, Peter Cklamovski memulakan tugasnya secara rasmi.
Manakala Nafuzi Zain memulakan tugas sebagai pengendali skuad bola sepak bawah 23 tahun negara.
Sementara itu semalam FAM mengumumkan bekas pemain Kanada, Robert Friend sebagai CEO skuad Harimau Malaya.
---
BAM menuntut pemain dan jurulatih yang bernaung di bawahnya untuk pamer prestasi tinggi dan raih pingat pada 2025.
Menurut laporan, ia susulan kenaikan gaji yang dianggap cukup lumayan untuk pemain berprestasi tinggi namun tidak didedahkan angkanya.
Sementara itu beregu lelaki negara, Wan Arif Junaidi-Yap Roy King berikar beri persembahan terbaik pada penampilan sulung mereka di Badminton Terbuka Malaysia minggu depan.
Terdahulu beregu lelaki ke-21 dunia, Choong Hon Jian-Haikal Nazri terpaksa melupakan kejohanan itu kerana Haikal mengalami kecederaan.
---
Sri Pahang FC kini guna tempoh rehat menjelang aksi separuh akhir Piala Malaysia untuk perkasa jentera serangan dan pertahanannya.
Pasukan itu akan menentang Sabah di Likas pada 18 Januari sebelum beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh pada 2 Februari.
---
Manchester United dilapor telah kenal pasti 3 pemain sasarannya untuk jendela perpindahan bulan ini antaranya bintang PSG, Nuno Mendes.
Pertahanan United, Casemiro pula dikatakan bakal meninggalkan kelab tersebut.
Sementara itu saksikan aksi tunggal EPL esok iaitu Brentford menentang Arsenal secara langsung di Astro saluran 811 pada 1.30 pagi nanti.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm