Berita Terkini
← Back to list
Piala Sudirman: Malaysia Buru Juara Peringkat Kumpulan
May 01, 2025
Malaysia meneruskan aksi ketiga peringkat kumpulan saingan Piala Sudiman berdepan Jepun hari ini.
Untuk rekod, kedua-dua negara sudah layak untuk mara ke peringkat suku akhir dan hanya merebut gelaran pemenang peringkat Kumpulan C.
Terdahulu, skuad badminton negara tewaskan Perancis 5-0 pada aksi sulung kumpulan manakala tewaskan Australia 4-1 pada aksi kedua.
Saksikan secara langsung kejohanan badminton Piala Sudirman sekarang di ASTRO saluran 815.
.....
Dalam perkembangan lain, skuad boling padang negara terus mencipta sensasi.
Ini selepas mereka raih 4 emas dan 1 perak pada Kejohanan Boling Padang Asia ke-16 dan Kejohanan Boling Padang Asia Bawah 25 tahun ke-14 di Filipina.
......
Beralih ke aksi bola sepak, Barcelona terikat 3 sama dengan Inter Milan pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-juara.
Ini turut menyaksikan Lamine Yamal jaringkan gol ke-22 untuk Barca yang juga merupakan penampilan ke-100 untuk pasukan Catalan itu.
.....
Sementara itu, Kawasaki Frontale tewaskan Al-Nassr 3-2 pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara Asia sekali gus mara ke final.
.....
Akhir sekali, Mexico City menandatangani perjanjian baharu untuk kekal dalam kalendar Formula One sekurang-kurangnya sehingga 2028.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm