Berita Terkini
← Back to list
Olimpik Paris: Misi skuad badminton negara diteruskan hari ini
Aug 01, 2024
Misi skuad badminton negara untuk memburu pingat pada Sukan Olimpik Paris diteruskan hari ini.
Beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah akan berdepan wakil Korea Selatan pada aksi suku akhir petang ini.
Turut beraksi pada pusingan suku akhir ialah beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang akan berdepan wakil India.
Manakala perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akan berdepan wakil tuan rumah pada pusingan 16 terbaik.
__
Sementara itu, pemanah negara, Ariana Nur Diana tewas kepada wakil Itali pada pusingan pertama memanah recurve individu wanita.
__
Beralih ke Liga Super...
PDRM cipta kejutan apabila seri 1-1 dengan JDT pada aksi Liga Super malam tadi!
Keputusan itu sekali gus menamatkan rekod 6 kemenangan berturut-turut yang dimiliki JDT musim ini.
Aksi lain berkesudahan,
Sri Pahang seri 1-1 dengan Selangor.
Manakala KL City benam Sabah 3-0 di Stadium Cheras.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm