Berita Terkini
← Back to list
Paris 2024: Bertrand Rhodict, Nur Shazrin dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang
Jul 02, 2024
Majlis Olimpik Malaysia telah mengumumkan pembawa Jalur Gemilang pada Sukan Olimpik Paris.
Atlet terjun, Bertrand Rhodict dan atlet pelayaran, Nur Shazrin Mohamad Latif diberi penghormatan untuk menggalas tugas tersebut.
Bertrand Rhodict akan membuat penampilan sulungnya pada temasya itu manakala Nur Shazrin akan membuat penampilan ketiganya pada temasya tersebut.
__
Sementara itu, Nur Dhabitah Sabri akui lega apabila bebas daripada sebarang kecederaan bagi harungi Sukan Olimpik Paris.
Penerjun wanita negara itu sebelum ini alami beberapa siri kecederaan termasuk pergelangan tangan dan lengan sehingga menjejaskan prestasinya.
__
Malaysia raih gangsa pada Kejohanan Badminton Remaja Asia di Indonesia selepas tewas 1-3 kepada China pada aksi separuh akhir.
__
Dan beralih ke EURO 2024...
Perancis akan bertemu Portugal pada aksi suku akhir!
Ini selepas Perancis menang tipis 1-0 ke atas Belgium pada aksi pusingan 16 terbaik pagi tadi.
Portugal pula kalahkan Slovenia 3-0 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm