Berita Terkini
← Back to list
FIFA kenakan sekatan pendaftaran pemain kepada 6 pasukan Liga Malaysia
Apr 03, 2024
FIFA kenakan sekatan pendaftaran pemain kepada 6 pasukan Liga Malaysia
FIFA kenakan sekatan pendaftaran pemain kepada enam pasukan Liga Malaysia – jumlah tertinggi dalam saingan ASEAN.
Kedah Darul Aman, KL City, Kelantan, Melaka United, Sarawak United dan Perlis FA merupakan pasukan yang dikenakan tindakan berkenaan.
Namun, FAM maklumkan KL City sudah bebas daripada sekatan tersebut.
Badan induk bola sepak negara itu berkata pihaknya terima pengesahan daripada FIFA berhubung penarikan balik perintah larangan sekatan itu selepas kelab berkenaan sudah selesaikan isu tunggakan gaji.
__
MFL tolak permintaan Kim Pan Gon
MFL tolak permintaan Kim Pan Gon untuk mempercepatkan saingan Liga Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutifnya berkata ia akan mengganggu perancangan MFL musim ini jika permintaan pengendali skuad kebangsaan itu dilaksanakan.
__
Lee Zii Jia terkeluar daripada 10 teratas dunia
Lee Zii Jia telah terkeluar daripada kedudukan 10 teratas dunia buat kali pertama dalam tempoh tiga bulan.
Ini selepas juara Masters Sepanyol, Loh Kean Yew dari Singapura berjaya merampas kedudukan tersebut sekaligus menolak Zii Jia ke ranking ke-11 dunia.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm