Berita Terkini
← Back to list
Emas pertama Malaysia pada Paralimpik Paris
Sep 03, 2024
Malaysia raih emas pertama pada Paralimpik Paris 2024!
Ini selepas jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou menjuarai acara perseorangan lelaki SU5.
Liek Hou tewaskan wakil Indonesia dengan straight set sekali gus pertahankan gelaran yang dimenanginya pada Paralimpik Tokyo 2020.
Sementara itu, Muhammad Fareez Anuar terlepas pingat gangsa selepas tewas kepada wakil Indonesia dalam pertarungan 3 set acara yang sama.
.....
Dalam pada itu, atlet para negara, Wong Kar Gee tamatkan saingan acara lompat jauh lelaki T12 di tempat ke-4.
Atlet kelahiran Sabah itu terpaksa akur kedudukannya hanya dibezakan 0.03 meter dengan pemenang pingat gangsa.
Untuk rekod, ini adalah kali kedua Kar Gee beraksi di Paralimpik selepas Tokyo 2020 yang menyaksikan dia tamatkan saingan di kedudukan ke-6.
.....
Penang FC sah tandatangani penyerang dari Australia, Dylan Wenzel-Halls, sebagai pemain baharunya untuk saingan Liga Super musim ini.
.....
Dan Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo belum bercadang untuk bersara daripada bola sepak antarabangsa buat masa ini.
Bagaimanapun dia akui akan bersara apabila tiba waktunya.
Ini selepas superstar bola sepak itu tersenarai dalam skuad kebangsaan Portugal untuk aksi Liga Negara-Negara berdepan Croatia dan Scotland.
.....
Stadium Astro Segalanya Aksi Sukan. Layari stadiumastro.com untuk perkembangan berita sukan terkini!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm