Berita Terkini
← Back to list
Chelsea Cerahkan Peluang Ke UCL Lepas Tewaskan Liverpool
May 05, 2025
Chelsea cerahkan peluang untuk layakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.
Ini selepas skuad kendalian Enzo Maresca itu tewaskan juara EPL musim ini, Liverpool 3-1 pada aksi liga.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan The Blues duduki tangga ke-5, berkongsi mata dengan Newcastle di tempat keempat EPL yang seri 1 sama dengan Brighton.
Aksi lain berkesudahan,
Brentford tewaskan Manchester United 4-3,
Manakala West Ham seri 1 sama dengan Tottenham.
.....
Beralih ke aksi Bundesliga, Bayern Munich sah menjuarai saingan Bundesliga musim ini selepas Bayer Leverkusen seri 2 sama dengan Freiburg.
Berbaki 2 lagi perlawanan, keputusan itu meletakkan Bayern Munich di persada liga dengan kelebihan 8 mata.
.....
Sementara itu, Kylian Mbappe jaringkan dua gol untuk bantu Real Madrid tewaskan Celta Vigo 3-2 pada aksi La Liga.
.....
Skuad boling padang negara muncul juara keseluruhan Kejuaraan Boling Padang Asia melibatkan pasukan senior dan bawah 25 tahun di Filipina apabila meraih 7 emas, 2 perak dan 1 gangsa.
.....
Skuad badminton China menjuarai Piala Sudirman buat kali ke-14 selepas tewaskan pasukan Korea Selatan 3-1 pada aksi final.
....
Akhir sekali, pelumba F1 McLaren, Oscar Piastri menjuarai GP Miami.
Dia mengatasi rakan sepasukannya, Lando Norris yang raih tempat kedua manakala George Russell dari pasukan Mercedes ketiga.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm