Berita Terkini
← Back to list
Hevel sah menyarung jersi JDT!
Jun 06, 2025
Juara Liga Super 11 kali berturut-turut, JDT bakal diperkuatkan dengan pemain tengah skuad kebangsaan, Hector Hevel menjelang musim baharu nanti.
Hevel diperkenalkan sebagai pemain berdarah warisan pada kem latihan pusat untuk berdepan Nepal, Mac lalu.
Pada aksi pertama Kelayakan Piala Asia 2027 itu, Hevel jaringkan gol pada penampilan pertamanya untuk bantu skuad negara tewaskan Nepal 2-0.
__
Empat pemain utama Kedah Darul Aman musim lalu sah menyarung jersi Penang!
Mereka ialah Amirul Hisyam Awang Kechik, Ariff Farhan Md Isa, Hasbullah Abu Bakar dan Akmal Zahir.
__
Dan, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tewaskan pasangan Denmark untuk mara ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Indonesia.
Turut beraksi hari ini, beregu lelaki nombor satu dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin yang akan berdepan gandingan tuan rumah.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm