Berita Terkini
← Back to list
3 Wakil Malaysia ke Separuh Akhir Terbuka Indonesia
Jun 07, 2025
Goh Sze Fei - Nur Izzuddin terkandas pada suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia.
Ini selepas beregu lelaki nombor satu dunia itu tewas kepada gandingan Indonesia dalam pertarungan 3 set semalam.
Sementara itu, 3 wakil negara termasuk beregu wanita, Pearly Tan - M. Thinaah mara ke separuh akhir hari ini.
Ikuti secara langsung Terbuka Indonesia bermula 1 tengah hari di ASTRO, saluran 815 dan aplikasi Sooka.
…..
Beralih ke bola sepak, Ange Postecoglou dipecat sebagai pengurus Tottenham beberapa minggu selepas raih gelaran Liga Europa.
Ini susulan Spurs menamatkan musim Liga Perdana Inggeris di tangga ke-17 dengan 22 kekalahan daripada 38 perlawanan.
Sementara itu, bekas pengurus Spurs, Mauricio Pochettino antara yang dilapor sebagai calon utama pengganti Postecoglou.
…..
Akhir sekali, bekas pemain sayap kelab Sepanyol, Xisco Munoz diumumkan sebagai pengendali baharu JDT.
Pengendali berusia 44 tahun itu akan menggantikan Hector Bidoglio untuk mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm