Berita Terkini
← Back to list
Olimpik Paris: Nur Dhabitah Memulakan Misi Buru Pingat
Aug 07, 2024
Nur Dhabitah Sabri akan mulakan kempen kem terjun negara untuk memburu pingat pada Olimpik Paris hari ini.
Pengarah teknikal kem terjun negara, Bryan Nickson Lomas berkata Dhabitah mempunyai fokus tersendiri untuk acara 3 meter papan anjal.
Untuk rekod, Nur Dhabitah berjaya tamatkan saingan di tempat keempat pada aksi final di Olimpik Tokyo 2020.
Seorang lagi atlet negara, Bertrand Rhodict akan beraksi dalam acara 10 meter platform individu Jumaat ini.
Sementara itu, 3 pelumba berbasikal trek negara akan memulakan aksi hari ini di Olimpik Paris.
Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom akan beraksi dalam saingan pecut individu, manakala Nurul Izzah Izzati akan beraksi dalam acara keirin.
Dalam pada itu, atlet badminton negara, Lee Zii Jia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik akan terima habuan lumayan.
Masing-masing akan menerima sebuah kenderaan utiliti sukan dan habuan berjumlah RM100,000 menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan selepas meraih gangsa untuk negara.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm