Berita Terkini
← Back to list
Harimau Malaya Yakin Raih Keputusan Positif
Jun 09, 2025
Peter Cklamovski yakin skuad bimbangannya mampu raih keputusan positif ketika menentang Vietnam pada aksi kelayakan Piala Asia esok.
Tegas pengendali pasukan kebangsaan itu, Harimau Malaya tidak gentar meskipun belum dapat tewaskan Skuad Naga Emas sejak 2014.
Sementara itu, tonggak kacukan Malaysia-Belanda, Hector Hevel yakin Malaysia memiliki ‘senjata’ mencukupi untuk mengecewakan Vietnam.
Katanya kepada Utusan Malaysia, skuad negara semakin kental dengan kehadiran pemain warisan baru.
Malaysia kini dalam laluan memburu slot ke Piala Asia 2027 dan kemenangan ke atas Vietnam bakal kukuhkan kedudukan pasukan dalam Kumpulan F selepas tumpaskan Nepal 2-0 pada aksi pertama Mac lalu.
Malaysia juga berkongsi kedudukan teratas dengan Vietnam yang belasah Laos 5-0 pada perlawanan sulung mereka.
Saksikan pertembungan Malaysia-Vietnam malam esok secara langsung di Astro Arena Bola saluran 803.
---
Pengarah Kejurulatihan Badminton Beregu negara, Rexy Mainaky anggap pencapaian Pearly Tan-M.Thinaah di final Terbuka Indonesia semalam sebagai hebat!
Uja beliau, mereka menikmati permainan dan kekal fokus meskipun berdepan pasangan nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning untuk muncul naib juara.
Kejayaan itu juga dijangka membawa Pearly-Thinaah naik 1 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-3 ranking dunia.
Sementara itu perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang kini berehat ekoran kecederaan kaki sah akan kembali ke gelanggang badminton antarabangsa di Terbuka Jepun bulan depan.
Kali terakhir Zii JIa beraksi adalah pada Mac lalu semasa kejohanan Badminton All England.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm