Berita Terkini
← Back to list
10 sukan mungkin akan disenaraikan semula dalam Sukan Sea Filipina 2019.
Oct 09, 2018
10 jenis sukan yang tidak berada dalam senarai awal tuan rumah Sukan Sea Filipina 2019 mungkin disenaraikan semula.
Majlis Olimpik Malaysia berkata khabar positif itu diterima ketika mesyuarat Persekutuan Sukan SEA di Bangkok minggu lalu.
8 daripada 10 jenis sukan itu adalah lubuk emas buat Malaysia ketika Sukan Sea KL 2017.
Antaranya berbasikal trek yang memenangi 11 emas, boling padang 7, pencak silat 10, luncur air 4, hoki 3 dan petanque 2 emas.
Malaysia kini duduki tangga ke 17 keseluruhan kutipan pingat pada sukan Para Asia Indonesia.
Pada hari kedua temasya semalam 3 perak dan dua gangsa berjaya dirai menerusi berbasikal trek, lompat jauh dan tenpin boling.
Hari ini jaguh pecut negara, Muhd Ridzuan Puzi dan atlet lompat jauh, Abdul Latif Romly akan beraksi.
Keputusan ujian doping atlet Sukma 2018 masih ditunggu.
Agensi Anti-Doping Malaysia masih tunggu keputusan lengkap ujian sampel babitkan atlet yang ambil bahagian pada Sukma 2018 di Perak, bulan lalu.
Menurut ADAMAS, sehingga kini hanya 20 peratus daripada sampel berkenaan telah diuji dengan kesemua keputusan adalah negatif.
Pihaknya jangkakan tiada keputusan positif akan terhasil daripada baki 80 peratus sampel berkenaan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm