Berita Terkini
← Back to list
4 Wakil Negara Galas Cabaran Suku Akhir Terbuka Malaysia
Jan 10, 2025
4 wakil negara akan meneruskan cabaran pada aksi suku akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia hari ini.
Mereka ialah 2 beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai serta 2 beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.
Saksikan secara langsung Terbuka Malaysia di ASTRO sekarang, saluran 815 dan 816.
Sementara itu Aaron Chia-Soh Wooi Yik akui kecewa tidak dapat berikan hadiah perpisahan terakhir kepada ketua jurulatih, Tan Bin Shen.
Ini selepas beregu lelaki itu tewas straight set kepada gandingan Chinese Taipei pada pusingan kedua.
Untuk rekod, Bin Shen akan tamatkan tugasnya selaku ketua jurulatih beregu lelaki negara selepas Terbuka Malaysia.
Dalam pada itu pemain beregu wanita Vivian Hoo tamatkan kerjaya badmintonnya selepas tewas straight set kepada gandingan China pada aksi pusingan kedua.
Untuk rekod, Vivian raih kejuaraan Sukan Komanwel sebanyak dua kali apabila menang emas di Glasgow 2014 dan Gold Coast 2018.
---
Real Madrid benam Mallorca 3-0 pada aksi separuh akhir Piala Super Sepanyol.
Jude Bellingham membuka jaringan pada babak kedua sebelum gol sendiri pemain Mallorca dan jaringan Rodrygo melengkapkan kemenangan Real.
Skuad kendalian Carlo Ancelotti itu akan berdepan Barcelona pada aksi final nanti.
---
Everton catat kemenangan 2-0 ke atas Peterborough pada aksi pusingan ketiga Piala FA.
Kemenangan itu turut menyaksikan Everton bermain tanpa pengurusnya selepas Sean Dyche dipecat beberapa jam sebelum perlawanan bermula.
Satu lagi aksi menyaksikan, Fulham belasah Watford 4-1.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm