Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
berita sukan

Berita Terkini

← Back to list

Hannah Yeoh Hormat Keputusan Selangor

May 10, 2024


Menteri Belia dan Sukan menghormati keputusan Selangor tidak menghadiri perlawanan Piala Sumbangsih berdepan JDT hari ini.  

Hannah Yeoh berkata berdasarkan situasi semasa, keputusan itu mampu kurangkan risiko lebih besar daripada berlaku. 

Kelmarin, Selangor mengumumkan tidak akan hadir pada aksi Piala Sumbangsih atas faktor keselamatan selepas 3 pemain bola sepak diserang termasuk tonggaknya, Faisal Halim yang masih dirawat di hospital. 

Susulan itu, MFL mengumumkan perlawanan tersebut dibatalkan dan JDT diberi kemenangan percuma 3-0 bagi aksi pembukaan musim baru Liga Super itu.  

Dalam perkembangan berkaitan, JDT selaku tuan rumah beri 2 pilihan kepada penyokong untuk tebus tiket mereka berikutan pembatalan aksi menentang Selangor itu.  

Penyokong boleh dapatkan pemulangan wang atau tukar tiket dengan perlawanan ke-2 atau ke-4 menentang Negeri Sembilan atau Sri Pahang nanti.  

---  

Terengganu FC diundi dalam kumpulan A, kempen Kejuaraan Kelab ASEAN bersama 5 pasukan lain termasuk BG Pathum United dan PSM Makassar.

KL City pula diundi dalam kumpulan B dan antara lawan yang bakal dihadapi termasuk Buriram United, Lion City Sailors dan Kaya FC. 

Untuk rekod Kejuaraan Kelab ASEAN kembali dengan versi baru Julai nanti selepas dihentikan hampir 2 dekat lalu!  

---  

Bayer Leverkusen mara ke final Liga Europa dengan agregat 4-2 selepas seri 2 sama dengan Roma pagi tadi. 

Pada aksi final nanti, Leverkusen akan berdepan Atalanta yang benam Marseille 3-0. 

--- 

Dan, hasrat Aston Villa untuk mara ke final Liga Konferens UEFA tidak kesampaian. 

Villa tewas dengan agregat 2-6 selepas tunduk 0-2 kepada Olympiacos. 


Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!

Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!

Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm

Sabtu - Ahad

8am, 10am, 12 pm

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
Ads With Us Ads With Us Ads With Us