Berita Terkini
← Back to list
Harimau Malaya fokus jaringan awal - Paulo
Jun 10, 2024
Skuad Harimau Malaya berdepan misi sukar pada aksi terakhir Kumpulan D pusingan kedua kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.
Tonggak Harimau Malaya Paulo Josue berkata, ini susulan skuad kebangsaan kehilangan enam tonggak utama akibat kecederaan.
Tambahnya, pemain juga perlu fokus untuk membuka akaun jaringan lebih awal jika mahu berpesta gol pada pertemuan terakhir itu.
Untuk rekod, Malaysia kini duduki tangga ketiga kumpulan D.....3 mata dan 8 gol ketinggalan di belakang Kyrgyzstan.
__
Pengendali Chinese Taipei persoal hasrat skuad Harimau Malaya yang sasar mahu mencipta jaringan besar pada aksi kelayakan Piala Dunia / Piala Asia di Bukit Jalil malam esok.
Gary White berkata ia sesuatu yang tidak mudah dilakukan kerana skuad Harimau Malaya kehilangan sekurang-kurangnya enam tonggak utama
Malah dengan skuad yang lengkap November lalu, Malaysia hanya menang tipis 1-0 ke atas anak buahnya.
__
Dan penyerang sensasi negara, Faizal Saari muncul penjaring terbanyak pada kejohanan hoki Piala Negara-Negara di Poland.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm