Berita Terkini
← Back to list
Malaysia Terlepas Peluang Ke Piala Asia B23 2027
Sep 10, 2025
Hasrat Malaysia untuk beraksi pada Piala Asia Bawah 23 Tahun 2027 tidak kesampaian.
Ini selepas skuad muda negara tewas 1-2 kepada Thailand pada aksi terakhir kelayakan Kumpulan F malam tadi.
Anak buah Nafuzi Zain itu tamatkan saingan di tangga ke-3 kumpulan dengan hanya pemenang setiap kumpulan dan empat naib juara terbaik layak ke peringkat akhir.
.....
10 wakil negara akan beraksi pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong hari ini.
Antaranya termasuk pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang akan berdepan rakan senegara, Leong Jun Hao.
Sementara itu, 5 lagi wakil negara termasuk beregu lelaki, Goh Sze Fei – Nur Izzuddin dan beregu wanita, Pearly Tan – M. Thinaah mara ke pusingan kedua.
.....
England raih kemenangan besar selepas belasah Serbia 5-0 pada aksi Kelayakan Piala Dunia UEFA awal pagi tadi.
Keputusan itu menyaksikan England hanya perlukan lima mata daripada tiga baki perlawanan untuk layak ke Piala Dunia 2026.
Aksi lain berkesudahan,
Perancis tewaskan Ireland 2-1,
Portugal kalahkan Hungary 3-2,
Manakala Norway belasah Moldova 11-1.
.....
Akhir sekali, Arsenal dilapor sedang pertimbang untuk menjual pemainnya, Gabriel Jesus dan Leandro Trossard pada jendela perpindahan Januari depan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm