Berita Terkini
← Back to list
Cabaran 3 wakil Malaysia pada Badminton Terbuka Malaysia diteruskan!
Jan 11, 2025
Cabaran tiga wakil Malaysia pada separuh akhir Badminton Terbuka Malaysia diteruskan hari ini.
Mereka ialah beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan dua beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta Goh Soon Huat-Shevon Lai.
Ikuti Badminton Terbuka Malaysia secara langsung di ASTRO, saluran 815 bermula 12 tengah hari ini!
__
Perdana Menteri ucap tahniah kepada Natasha Mohamed Roslan yang menjadi atlet boling wanita pertama negara merangkul kejuaraan Kejohanan Piala Dunia 2025 di Hong Kong.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook berkata, pencapaian atlet berusia 28 tahun itu sangat membanggakan negara.
Natasha menamatkan kemarau 53 tahun negara tanpa kejuaraan kategori individu wanita bagi acara berkenaan di kejohanan itu sejak dipertandingkan pada 1972.
__
Dan aksi Liga Super berkesudahan,
Negeri Sembilan bangkit daripada ketinggalan untuk tewaskan Sri Pahang 2-1.
Manakala, Kedah Darul Aman menang tipis 1-0 ke atas Kelantan Darul Naim.
Stadium Astro Segalanya Aksi Sukan. Layari stadiumastro.com untuk perkembangan berita sukan terkini!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm