Berita Terkini
← Back to list
Sri Pahang FC tewas 2 kali berturut-turut, Sarawak United di persada Liga Premier
Mar 11, 2021
Sri Pahang FC gagal guna kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 0-2 kepada Perak FC pada aksi Liga Super.
Ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut skuad kendalian Thomas Dooley itu selepas tewas 1-3 kepada Selangor FC, Sabtu lalu.
Aksi lain berkesudahan,
Kuala Lumpur City FC tundukkan UiTM FC 1-0 dan PJ City FC seri 2-2 dengan Melaka United FC.
Sementara itu, Sarawak United FC naik ke tangga teratas Liga Premier selepas benam tuan rumah, Perak FC II, 3-0.
Bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha membuka jaringan pada minit ke-36 sebelum penyerang import, Uche Agba menambah 2 lagi jaringan pada babak kedua.
Sarawak United merupakan satu-satunya pasukan yang masih belum lepaskan sebarang gol dalam saingan Liga Premier musim ini.
Aksi lain berkesudahan,
Kuching City FC seri 1 sama dengan Terengganu FC II dan Kelantan United FC kalahkan PDRM FC 2-0.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm