Berita Terkini
← Back to list
Datuk Azizulhasni Awang Akur di Bumi Paris
Aug 11, 2024
Foto - Majlis Olimpik Malaysia
Jaguh basikal trek, Datuk Azizulhasni Awang akur dengan penyingkirannya dalam acara Keirin Lelaki Sukan Olimpik Paris.
Dia akui tayar belakangnya mungkin telah memotong pacer sebelum ia keluar, namun menegaskan bahawa ia tidak disengajakan.
Jijoe juga menjelaskan, kelajuan pacer yang lebih perlahan dari kebiasaan turut menyumbang kepada insiden tersebut.
-----
Foto - Bernama
Pelumba basikal trek, Muhammad Shah Firdaus Sharom jadi sandaran terakhir negara untuk meraih pingat di Olimpik Paris.
Atlet kelahiran Muar, Johor itu mara ke suku akhir acara Keirin Lelaki selepas bangkit mengungguli pusingan repechage.
Terdahulu, Shah Firdaus turut dilucutkan posisi daripada saringan pusingan pertama kerana melanggar peraturan perlumbaan.
-----
Foto - Selangor FC
Selangor meneruskan rekod tanpa kalah di laman sendiri dengan menewaskan Kelantan Darul Naim 2-0 dalam saingan Liga Super.
Perlawanan itu turut menyaksikan kemunculan semula Faisal Halim, 97 hari selepas kejadian dia disimbah asid, Mei lalu.
Terengganu pula bangkit daripada kekecewaan disingkirkan Selangor pada separuh akhir Piala FA dengan membenam KL City 2-0.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm