Berita Terkini
← Back to list
3 Wakil Negara Pasti Ke Suku Akhir Terbuka Hong Kong
Sep 11, 2025
Arif Junaidi – Yap Roy King akan membuka saingan pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong hari ini.
Beregu lelaki negara itu dijadual berdepan rakan senegara, Choong Hon Jian – Haikal Nazri.
Dalam pada itu, 9 lagi wakil negara termasuk beregu wanita, Pearly Tan – M. Thinaah turut akan beraksi hari ini.
Ikuti secara langsung Terbuka Hong Kong bermula 9 pagi ini di ASTRO, saluran 815 dan aplikasi Sooka.
.....
Dalam perkembangan lain, beregu campuran, Chen Tang Jie – Toh Ee Wei dan beregu wanita, Pearly Tan – M.Thinaah terima insentif khas SHAKAM.
Ini selepas kedua-dua pasangan itu berjaya cipta sejarah pada Kejohanan Dunia BWF 2025 di Paris baru-baru ini.
Tang Jie – Ee Wei yang muncul juara beregu campuran terima 40 ribu ringgit setiap seorang, manakala Pearly – Thinaah pula terima 20 ribu ringgit setiap seorang selepas muncul naib juara beregu wanita.
.....
Sementara itu, skuad wushu negara terima insentif 480 ribu ringgit menerusi SHAKAM.
Mereka raih lima pingat emas, satu perak dan dua gangsa pada Kejohanan Wushu 2025 yang berlangsung di Brazil.
Kementerian Belia dan Sukan sifatkan kejayaan skuad wushu itu sebagai yang terbaik dalam sejarah penyertaan di pentas dunia.
.....
Malaysia tewaskan Singapura 5-1 pada aksi klasifikasi tempat kelima hingga kelapan Kejohanan Hoki Piala Asia Wanita 2025.
.....
Akhir sekali, Manchester United dilapor berminat untuk mendapatkan Elliot Anderson dari Nottingham Forest untuk jendela perpindahan Januari depan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm