Berita Terkini
← Back to list
Liga Super: Penang buru kemenangan pertama musim ini
Sep 11, 2025
Pengendali Penang tuntut anak buahnya bijak mengawal situasi apabila berdepan JDT pada aksi Liga Super, malam ini.
Tegas Wan Rohaimi, ia kerana skuad Harimau Selatan memiliki kekuatan yang mampu mengawal hampir keseluruhan perlawanan.
Justeru, dia berharap anak buahnya sedia hadapi cabaran JDT bagi menyempurnakan misi memburu kemenangan pertama.
Untuk rekod, Penang menghuni tangga ke-11 liga selepas catat satu seri dan tiga kekalahan dalam empat perlawanan setakat ini.
Saksikan perlawanan itu secara langsung bermula 7:30 malam ini di Astro, saluran 146 dan aplikasi Sooka!
__
Empat wakil Malaysia mara ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Hong Kong setakat ini!
Antaranya ialah beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah yang akan bertemu rakan senegara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing esok.
Namun nasib tidak menyebelahi tiga beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal apabila tersingkir pada pusingan kedua.
__
Dalam perkembangan lain, bekas pemain badminton antarabangsa Datuk Rashid Sidek mendoakan bekas pemain kebangsaan, Wong Tat Meng segera pulih sepenuhnya.
Tat Meng kini berada dalam keadaan kritikal selepas dalam kemalangan jalan raya di Australia, hujung minggu lalu.
__
Dan, bekas pemain bola sepak England, Gary Lineker rangkul anugerah pengacara TV terbaik pada Anugerah Televisyen Kebangsaan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm